Pertandingan T-shirt Design Sekretariat Rukun Negara “Rukun Negara Sebagai Ideologi Malaysia”
Pertandingan ini dijalankan selaras dengan visi Pusat Pembangunan Hebat (HDC) untuk memimpin dan melestarikan Agenda HEBAT dalam kalangan pelajar seperti elemen “entrepreneurial”. Elemen ini mengandungi atribut kemahiran keusahawanan. Elemen ini membuktikan bahawa program ini mampu mencungkil bakat serta dapat mengenal pasti peluang perniagaan dengan mahir, membentangkan idea perniagaan dan mencipta model perniagaan dalam diri pelajar dengan menyertai pertandingan T-shirt Design yang dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara (SRN).
Pertandingan T-shirt Design yang dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara (SRN) ini bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar universiti untuk mengembangkan potensi dan kendiri yang seimbang bukan sahaja bijak dari segi pelajaran malah berbakat dalam apa jua bidang yang mereka sertai. Pertandingan ini dijalankan atas perbincangan dan persetujuan ahli dalam Sekretariat Rukun Negara (SRN).
Pertandingan T-Shirt Design Sekretariat Rukun Negara telah berjaya dijalankan selama
tujuh hari yang melibatkan seramai 12 orang peserta daripada pelbagai jurusan dari
Universiti Sains Malaysia.
Rekaan design yang dihasilkan itu sangat menarik dan menepati kriteria yang
dikehendaki. Malahan melalui pertandingan ini telah dapat menguji tahap keupayaan
peserta dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan kreatif pada t-shirt tersebut.
3Selain itu, rekaan t-shirt ini turut mempamerkan idea yang unik dalam menjanakan idea
yang efektif selaras dengan elemen entrepreneurial dan atribut kemahiran
keusahawanan.
Dengan adanya Pertandingan T-Shirt Design SRN ini telah menggalakkan peserta untuk
menyertai di samping dapat mencungkil bakat yang terpendam atau bakat baru pada
penghasilan t-shirt design tersebut. Walaupun penyertaan dari pelajar kurang
memberangsangkan berkemungkinan tempoh masa yang diberikan singkat namun begitu
objektif yang dirancang telah berjaya dicapai. Hal ini terbukti apabila kriteria yang ditentukan
oleh penganjur telah diaplikasi oleh peserta dalam mereka design t-shirt. Hal ini secara tidak
langsung membolehkan peserta memaksimakan idea yang lebih kreatif demi memastikan
rekaan design t-shirt itu dapat menarik minat orang ramai selaras dengan atribut kemahiran
keusahawanan.
Post a comment