← Back Published on

PROGRAM PERTANDINGAN KUIZ RUKUN NEGARA “RUKUN NEGARA, KAMI SETIA”

Program Pertandingan Kuiz Rukun Negara “Rukun Negara, Kami Setia” merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara Universiti Sains Malaysia (SRNUSM). Program ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan am para peserta khususnya terhadap rukun negara. Salah satu tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan memanifestasikan lima prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian supaya semua lapisan masyarakat dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, damai dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Program ini telah dianjurkan pada 18 Disember 2021.