← Back Published on

“FORUM PERPADUAN MAHASISWA” BANGSA MALAYSIA: IMPIAN ATAU KENYATAAN?

Forum Perpaduan Mahasiswa ‘Bangsa Malaysia: Impian atau Kenyataan?’  adalah merupakan sebuah program yang telah memberikan kesedaran kepada mahasiswa/i USM dan universiti lain tentang kepentingan perpaduan di universiti. Dimana program ini membincangkan peranan atau fungsi mereka untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar universiti yang mempunyai variasi bangsa dan kaum. Program ini juga adalah bertujuan untuk membentuk nasionalisme sesebuah negara yang berbilang bangsa. Forum ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Webex dan siaran langsung Facebook seiring menyambut seruan HEBAT Development Centre (HDC) bagi melaksanakan program atau aktiviti persatuan secara atas talian. Dalam menghadapi arus kemodenan dan pandemik ini, dapat dilihat semangat perpaduan kaum semakin merosot. Oleh itu, SRNUSM telah mengambil satu inisiatif yang difikirkan wajar untuk menyedarkan mahasiswa/i yang isu perpaduan tidak boleh dipandang enteng.

Ahli panel Zetty Humairah Binti Iswandy dari Majlis Mahasiswa Kolej Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahli panel Bung Jun Da dari Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia.

Ahli panel Dashvenan A/L Letchumanan dari Biro Kebudayaan Mahasiswa/i India Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jemputan khas Arif Haikal  yang merupakan salah seorang speaker ML Studios.

Melalui program ini , SRN USM berjaya menyemai sifat toleransi dan menghilangkan prejudis antara pelajar universiti yang berbilang kaum dimana panel jemputan mengutarakan pandangan mereka tentang semangat perpaduan kaum yang semakin merosot tidak kira di Universiti mahupun dalam negara Malaysia. Sekretariat juga berjaya mempunyai kolaborasi bersama persatuan- persatuan daripada Universiti luar yang berbeza iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, dan Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.