← Back Published on

FORUM KEMERDEKAAN BULAN KEBANGSAAN 2021 SEMARAK PERPADUAN RAKYAT

Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Minggu Perpaduan 2021 peringkat Sekretariat Rukun Negara (SRN) merupakan salah satu program yang dicadangkan bawah Kementerian Perpaduan Negara yang akan diadakan mulai 23 Ogos hingga 6 September 2021.

Forum kemerdekaan ini bakal menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerderkaan negara dalam keadaan pendemik covid-19. Generasi masa kini tidak harus dibiarkan tanpa mengetahui asal usul sejarah mereka dan juga sejarah pembentukkan Malaysia. kecintaan dan semangat sayang kan kepada Negara perlu disemai sebanyak mungkin dengan pelbagai cara apa sekalipun.

Oleh itu, SRN USM ingin menyahut saranan Kementerian Perpaduan dengan menganjurkan satu forum mengenai sejarah kemerdekaan tanah air dengan menampilkan beberapa tokoh yang terdiri daripada pensyarah dan anak muda.