FORUM E-SUKAN: MASA DEPAN NEGARA
Program Forum E-Sukan: Masa Depan Negara telah berlangsung dengan dengan lancar
dan jayanya walaupun terdapat masalah teknikal berkaitan dengan capaian internet yang terhad
dan lemah. Objektif dan matlamat forum ini tercapai dimana peserta lebih memahami E-Sukan
dengan lebih mendalam tentang kebaikan kepada diri mereka dan juga kepada negara. Atribut
yang dipilih iaitu atribut penyelesaian masalah juga dapat diaplikasikan oleh para peserta dalam
merancang strategi permainan digital. Secara tidak langsung, ini mengalakkan mereka untuk
berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang
mahasiswa/i dan juga remaja. Kesimpulannya, forum ini adalah salah satu usaha Sekretariat
Rukun Negara untuk berkongsi dan mempopularkan E-Sukan atau permainan digital dalam
kalangan mahasiswa atau remaja kerana permainan digital ini dikatakan mampu menjadi
penentu masa depan sukan negara. Dua orang paneldijemput untuk program ini salah satunya daripada Suhaz E-Sports iaituSaudara Azri Jamaludin dan Pengasas E-sports daripada UniMAP iaitu Saudari Tan Sok Chen.
Melalui program ini Ahli SRN dapat menambahkan pengalaman berkolaborasi bersama
persatuan-persatuan di Universiti Sains Malaysia iaitu Bike Commute USM, Persatuan Sains Matematik USM dan Kumpulan Pelajar Melaka (PURNAMA) USM. Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan berfikir am serta kemahiran penyelesaian masalah yang diperoleh sebagai suatu inisiatif dalam pembangunan negara pada masa hadapan seiring dengan Elemen Thinking dan Atribut penyelesaian masalah. Lebih lagi, dapat memupuk sifat ingin tahu dalam diri mahasiswa/i tentang sumbangan E-Sukan yang melahirkan penggiat permainan digital profesional tempatan terhadap masa depan negara dan juga dapat membuka mata mahasiswa/i tentang permainan digital yang manjadi peluang kerjaya,menjana ekonomi, membina kreativiti serta memberi pendedahan mengenai potensi permainan digital yang dilihat boleh memangkin masa depan yang cerah kepada yang melibatkan diri dalam bidang ini.
Perlangsungan forum antara moderator dan panel jemputan


Sesi soal jawab antara panel jemputan dan peserta

Sesi fotografi antara moderator, panel jemputan, ahli jawatankuasa SRN dengan peserta

Post a comment