DISKUSI TERBUKA
Program Diskusi Terbuka yang bertemakan isu perkauman ancam kehamonian masyarakat
telah berlangsung dengan lancar dan jayanya walaupun terdapat masalah pada awal program,
namun ahli jawatankuasa dapat mengendalikannya dengan berkesan. Objektif dan matlamat
forum ini tercapai dimana panel serta peserta berdiskusi tentang isu yang membelenggu rakyat
Malaysia sehingga ke hari ini iaitu isu perkauman. Atribut yang dipilih iaitu atribut komunikasi
juga telah diaplikasikan oleh para peserta dimana menampakkan sikap keberanian mereka
dalam berkongsi idea dan pendapat tentang isu ini dengan membuka mikrofon semasa
perbincangan dijalankan. Kesimpulannya, diskusi terbuka ini adalah salah satu usaha
Sekretariat Rukun Negara untuk membendung isu perkauman daripada terus merebak serta
bertujuan untuk membuka mata para peserta betapa pentingnya menjaga perpaduan supaya
keharmonian masyarakat serta negara dapat dipelihara.

Perlangsungan forum antara pengerusi majlis dan panel jemputan

Sesi soal jawab antara panel jemputan dan peserta

Sesi fotografi antara pengerusi majlis, panel jemputan, ahli jawatankuasa SRN dengan
peserta
Post a comment