BICARA PERPADUAN: PERPADUAN MAHASISWA PEMACU MATLAMAT MALAYSIA BAHARU
Bicara Perpaduan ini merupakan salah satu usaha daripada pihak SRNUSM bagi memastikan perpaduan dalam kalangan mahasiswa/i yang berbilang kaum akan terus utuh dan kukuh. Program ini berlangsung pada 31 Disember 2021 dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Intelek, Persatuan Kebudayaan India dan Persatuan Pelajar Sikh. Program ini juga adalah bertujuan untuk memberi suntikan dan semangat bukan hanya kepada mahasiswa/i USM untuk berani tampil ke hadapan memberi pendapat tetapi juga mahasiswa/i dari universiti lain. Bukan itu sahaja, Bicara Perpaduan ini juga telah menjadi satu platform yang sesuai bagi orang awam memahami perspektif dan pengalaman mahasiswa/i dalam menghadapi masalah perkauman di universiti. Program ini dijalankan melalui Platform Webex Meeting dan siaran langsung Facebook seiring menyambut seruan HEBAT Development Centre (HDC) bagi melaksanakan program atau aktiviti persatuan secara atas talian. Perpaduan merupakan isu yang sewajarnya diangkat sebagai perbincangan dalam kalangan mahasiswa/i. Oleh itu, SRNUSM telah mengambil inisiatif untuk memberikan pendedahan isu ini untuk semua peserta yang bakal terlibat.

Panel Luqman Faiz Bin Mohd Nawawi dari Sekretariat Mahasiswa Intelek USM.

Panel Thanishan A/L Subramaniam dari Persatuan Kebudayaan India USM.

Panel Hervinder Kaur A/P Jaswent Singh dari Persatuan Pelajar Sikh USM.

Panel Rayane Mok dari Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM.
Program ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan kerana semua perserta yang terlibat adalah daripada pelbagai jenis kaum. Melalui program ini, ahli SRN dapat menambahkan pengalaman berkolaborasi bersamapersatuan-persatuan di Universiti Sains Malaysia dan berjaya mengetengahkan masalah isu perpaduan dalam kalangan mahasiswa/i dimanauntuk peserta sedar bahawa terdapatnya diskriminasi antara kaum terjadi di Universiti. Panel bukan sahaja berjaya mengulas isu dengan jelas dan berhati-hati tanpa melibatkan sensitiviti kaum malah dapat membuka mata peserta tentang pentingnya untuk kekalkan perpaduan antara kaum.


Post a comment